Sunday 30 September 2007
高尔夫球的凹点

经历过某些挫折与逆境,或许你会离成功更近。
高尔夫球运动刚刚兴起时,有个奇怪现象,几乎所有的高尔夫球手都喜欢用旧球,特别是有划痕的球。
原来,有划痕的球比光滑的新球有着更优秀的飞行能力。于是,根据空气动力学原理,科学家设计出了表面有凹点的高尔夫球。
这些凹点,让高尔夫球的平稳性和距离性,比光滑的球更有优势。从此,有凹点的高尔夫球成为比赛的统一用球。

*如果把高尔夫球的凹点比为人生的伤痕,那失败和挫折并不可怕,因为有些伤痕有利于让我们培养健康心理,实现人生远大的目标。因此,大家加油吧!

By Joanne


Silly Billy
1:27:00 pm

Banana ate by a student from CHKL5S12007
1 Malau(s)

Friday 28 September 2007
Comp Ex

Comp Ex.
It's dued 9/10/2007 (Tuesday), the day we came back for our end of year exam.


Silly Billy
6:06:00 pm

Banana ate by Oyico
0 Malau(s)

Saturday 22 September 2007
成功与失败

一个人在期盼成功的同时,也要对挫折和失败有心理准备。用泪水洗刷昔日的失败,不如用微笑迎接明天的成功。成功和失败是一对矛盾,共存于我们向着目标奋斗追求的统一体中。如果放弃了奋斗追求的过程,所谓成功和失败也就无从谈起。所以,对于我们每个人来说,不懈地奋斗,努力地追求,才是实现人生价值、最终走向成功的必然途径。
成功和失败是相对的,是可以互相转化的。人们希望成功,不愿看到失败,觉得失败很残忍。殊不知,正是失败使我们趋于顽强,使我们得到教训从而更容易走向成功。正所谓“失败是成功之母”,只有失败的磨难才会带给我们成功的喜悦。失败和成功,可能离得很远,也可能离得很近。拉近失败到成功的距离,促进失败到成功的转化,是我们向着既定目标努力奋斗的价值之所在。
人生中有数不清的成功和失败,若能正确看待它们,坚持不间断地追求、不停息地奋斗,我们就可以自豪地说:人生没有失败!
请看这么一段:失败

也许,大多数人所设想的是一帆风顺的人生。然而在现实中,往往事与愿违,最终都成为一个虚幻的梦。虽然这梦编织得像花篮一样美丽,但终究是空的。那么,谁向你的空花篮里投放第一枝鲜花呢?不是别人,是你自己,只有靠你自己的辛勤在人生漫漫旅途上摘得花朵来将饰梦的花篮。

然而,梦的花篮里所盛满的并不都是成功的玫瑰,而尽多的却是失败的黄花。

没有人愿意接受失败的现实,没有人愿意品尝失败的滋味,因为失败的酒杯里盛满的往往是苦涩和无奈。所以我觉得,勇敢地喝下失败的苦酒而并不醉倒的人,应该算是英雄吧。

其实,失败并不可怕,可怕的是失败一次之后的一蹶不振。

失败,有时候只是小小伤痛,被失败的残酷和无情吓倒而丧失追求成功的激情,那才是一个灵魂的最大悲哀。

正确对待失败吧。不管这一生会不会有成功的喜悦,你只要尽自己的力量去拼搏去争取,去和命运之神抗争,即使失败了无数次,也不能说你活得没有意义。

谁都知道,科学实验,大都是经历了一次,两次,十次,二十次,甚至上百次的失败才获得成功的。而人生也同样如此。失败了之后,不消极,不颓废,而是总结失败的教训和经验,重新设计、描绘奔向目标的路线,重新估量自己的优势和劣势,并借鉴他人长处,吸取书本知识,社会知识,以如饥似渴的学习来丰富和充实自己,使自己具备下一次冲刺的实力,那么,谁能说下一次失败的还是你呢?

庆祝成功的宴会固然没有错,而坦然面对失败降临后的冷静思索,何尝不是一次对人生的领悟呢?


Silly Billy
1:01:00 pm

Banana ate by .::Starfish::.
11 Malau(s)

Sunday 9 September 2007
Malaysiaku Gemilang Lyrics

MALAYSIAKU GEMILANG

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang


Silly Billy
9:51:00 pm

Banana ate by Shan
1 Malau(s)

Wednesday 5 September 2007
Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (PSPTN)

Transformasi IPT disokong PSPTN

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak sepakat menyokong Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (PSPTN) bagi proses transformasi dan pembaharuan sektor pengajian tinggi negara dengan menyifatkannya sebagai langkah tepat dan perlu disegerakan.

Mereka percaya jika pelan dan tindakan itu dilaksanakan, Malaysia mampu memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara, sekali gus menjadi hab pengajian tinggi di rantau ini. Beliau berharap semua universiti akan lebih bermotivasi untuk mencapai objektif menjadi pusat kecemerlangan akademik Malaysia atau institusi pendidikan bertaraf dunia.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican
berkata, kedua-dua pelan itu adalah rangka kerja jangka masa panjang yang holistik. “Ia dapat memastikan modal insan yang dilahirkan IPTA dan IPTS boleh dipasarkan dan tenaga pensyarah lebih tersohor di samping budaya penyelidikan terus mekar dan segar,” katanya. Sehubungan itu, GPMS mencadangkan penubuhan jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertujuan membuat unjuran guna tenaga bersepadu bagi memastikan permintaan dan penawaran sentiasa tepat.

“GPMS tidak mahu episod graduan yang dikeluarkan universiti tidak selari dengan pasaran sama ada dalam sektor swasta atau sektor berkaitan. Kita juga berharap jawatankuasa peringkat kementerian diwujudkan bagi merancang, menilai kualiti dan kuantiti infrastruktur serta persekitaran universiti supaya bertaraf piawaian antarabangsa,” katanya. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, berkata usaha mewujudkan universiti Apex juga langkah proaktif membentuk persaingan di kalangan IPTA dan IPTS.

Beliau berkata, pelaksanaan pelan itu baik kerana ia memberi kuasa autonomi kepada pihak pengurusan menjana ekonomi menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersial tanpa bergantung sepenuhnya bantuan kerajaan. Presiden Universiti Terbuka Malaysia, Prof Tan Seri Anuwar Ali, berkata usaha berkenaan adalah langkah rasional dalam proses pendemokrasian pendidikan menerusi modul serta pendidikan anjal. Katanya, kaedah pembelajaran lebih fleksibel, memberi peluang masyarakat terutama yang sedang bertugas dalam agensi kerajaan dan swasta meningkatkan pengetahuan dengan melanjutkan pengajian lebih tinggi.

Mengenai proses pendidikan sepanjang hayat, beliau berkata, ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pelajar sentiasa mengemaskini pengetahuan dalam sesuatu bidang dari semasa ke semasa.

Tokoh pendidik, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar
, pula menggariskan empat faktor utama yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan pelan berkenaan, iaitu:
  1. pengurusan, teknik pengajaran dan pembelajaran,
  2. hal ehwal pelajar,
  3. pengendalian projek penyelidikan.
Bagi memantapkan pengurusan universiti, beliau berkata naib canselor perlu berwibawa dengan mengambil kira kelulusan serta pengalaman dalam pentadbiran universiti. “Setiap pensyarah pula perlu dilatih teknik pengajaran termasuk mengendalikan sesi kuliah besar, seminar dan tutorial. Di negara kita, hanya satu peringkat dilaksanakan iaitu kuliah yang dihadiri ratusan pelajar pada satu sesi,” katanya.

Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial, Datuk Dr Denison Jayasooria
pula berkata, pelan itu mempunyai sasaran dan wawasan yang jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan pengajian tinggi negara. Katanya, tujuh teras yang digariskan mencakupi semua aspek yang diperlukan bagi pembinaan bangsa kerana ia turut menekankan pembinaan modal insan. “Teras pertama memperlihatkan sasaran pelan itu jelas dan tepat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Menerusi teras kedua, kerajaan mensasarkan 75 peratus pengajar di universiti memperoleh PhD,” katanya.

Langkah memberikan autonomi kepada Lembaga Universiti pula mampu menjadikan institusi berkenaan lebih berdikari dan tidak terikat dengan birokrasi Kementerian Pengajian Tinggi. Ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di luar negara,” katanya.

- dipetik & diubahsuai daripada berita harian online

p/s: as the same, highlight the phrases or anything here if u can to help us to read.
* pendidikan anjal = a type of education system where the studying time is flexible.


Silly Billy
6:33:00 pm

Banana ate by Oyico
0 Malau(s)


Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Minda Lestari: Citra Islam warnai persekitaran akademik

Bersama Prof Dr Zaini Ujang

PELANCARAN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) minggu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandakan bahawa sektor pengajian tinggi tempatan akan mengalami transformasi untuk meningkatkan kualiti akademia bercitra dan bertaraf dunia.

Untuk mencapai matlamat itu, tujuh teras dikenal pasti iaitu:
  1. meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,
  2. menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran,
  3. memperteguh penyelidikan dan inovasi,
  4. memperkasakan institusi pengajian tinggi,
  5. mempergiatkan pengantarabangsaan,
  6. membudayakan pembelajaran sepanjang hayat,
  7. mengukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT).
Semua teras itu telah diperhalusi dengan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sumber kewangan dan modal insan, serta kaedah merealisasikannya. Pada hemat saya, PSPTN yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, adalah dokumen paling komprehensif dan realistik setakat ini untuk memartabatkan sektor pengajian tinggi tempatan sebagai penjana modal insan minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia hab kecemerlangan akademik.

Selain perlunya dasar, strategi dan KPI bersifat futuristik sekali gus realitistik, institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan juga perlu mengenal pasti citra dan keunikan tersendiri bagi membezakannya dengan IPT di negara lain. Persoalannya kini, apa keistimewaan IPT di Malaysia jika bidang pengajian, kualiti dan prestij yang sama boleh diperoleh di negara lain?

Sehubungan itu, pada hemat saya, ada dua kelainan yang boleh menonjolkan IPT tempatan berbanding negara jiran atau negara maju dari segi pengkhususan terutama menerusi program pengajian siswazah, penyelidikan dan inovasi, iaitu citra Islam membangun yang progresif dan persekitaran akademik mementingkan komponen mesra alam.

Citra negara Islam progresif memang selama ini dikaitkan dengan Malaysia, selain Turki. Citra itu secara
tidak langsung meletakkan Malaysia sebagai model di kalangan negara Islam dan masyarakat membangun. Setakat ini banyak pihak khususnya di kalangan akademik sendiri kurang menyedari kepentingan citra ‘negara membangun’ dan model ala-Malaysia dalam penjenamaan pengajian tinggi.


Hakikatnya negara membangun mewakili lebih 90 peratus masyarakat dunia. Inilah pasaran terbesar pengajian tinggi antarabangsa dari segi bilangan pelajar antarabangsa dan minat terhadap bidang berkaitan pembangunan, sains dan teknologi.


Dalam bidang perbankan dan pengurusan Islam misalnya, sumbangan Malaysia dari segi akademik, amalan profesional dan model sebenar memang mengagumkan dan bertaraf dunia. Selain itu, ada bidang baru berkembang pesat yang boleh dijadikan fokus, seperti disiplin ilmu kejuruteraan alam sekitar dan pengurusan air lestari.

Dalam hal ini sumbangan Malaysia semakin dirasakan. Sebagai contoh, sejak 2006, saya dilantik pengerusi kumpulan pakar Persatuan Air Antarabangsa dalam bidang teknologi dan pengurusan negara membangun yang dianggotai lebih 10,000 anggota. Selain itu, buku saya bersama Prof Mogens Henze, Municipal Wastewater Management for Developing Countries (IWA Publishing, London, (2006) mendapat sambutan di luar jangkaan menandakan sumbangan kepakaran dan aplikasi model pengurusan dan teknologi yang digunakan di Malaysia wajar diberi perhatian.

Di samping citra negara membangun, pengajian tinggi di Malaysia juga boleh menggunakan kesempatan persekitaran dan keunikan akademik yang dilatari pelbagai bidang berkaitan pelestarian alam sekitar, khususnya dalam konteks iklim tropika. Hutan hujan tropika, tenaga solar, tenaga berasaskan biojisim, kepelbagaian biologi, sistem akuatik tropika, penyakit tropika, kelapa sawit, getah dan ekosistem bandar beriklim panas adalah antara contoh bidang khusus yang seharusnya menjadi niche di kalangan ahli akademik tempatan.

Selain itu, banyak bidang lain boleh dimajukan selari dengan idealisme mesra alam yang menjadi trend dan keasyikan intelektual masa kini. Ini termasuk sains fundamental, teknologi industri, pengurusan bandar, pembangunan praurban, teknologi pembuatan, pengurusan air dan sisa. Ketika ini bidang itu masih ditunjangi ilmu, kepakaran dan teknologi yang berpaksikan beberapa buah negara maju. Sebagai contoh bidang kesihatan dan perubatan tropika masih berpaksikan London School of Hygiene and Tropical Medicine. Begitu juga bidang kejuruteraan alam sekitar negara membangun masih kukuh diterajui Universiti Newcastle, England dan UNESCO-IHE Water Institute di Delft, Belanda.

Peranan yang boleh dimainkan IPT tempatan ialah menyediakan kepakaran, sumber manusia dan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan lebih banyak inisiatif dan fokus kepada bidang itu. Hal ini boleh dimantapkan dengan pelantikan profesor ternama sebagai staf IPT tempatan. Ketika ini, kecuali Singapura, Malaysia adalah satu-satunya negara tropika yang aktif menjalankan pelbagai program penyelidikan berkaitan dengan hal ehwal negara membangun dalam konteks pelestarian alam sekitar. Namun, pada hemat saya, masih banyak perlu diperkemaskan khususnya dari segi modus operandi, fokus, kepakaran khusus dan penggemblengan sumber.


Dalam hal ini, PSPTN menyediakan kerangka terbaik untuk membolehkan IPT tempatan melonjak dan bersaing dengan negara maju. Dengan niche yang ditunjangi persekitaran setempat dan kepakaran sedia ada yang dipertingkatkan, idealisme mesra alam yang semakin mengakar, maka laluan mencapai citra dan taraf dunia dalam pengajian tinggi dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan mantap.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inivasi) Universiti Teknologi Malaysia


Diubahsuai dan dipetik daripada emedia-berita harian online

p/s: highlight frasa indah here if u r free n nth to do. i simply highlight some only.


Silly Billy
6:25:00 pm

Banana ate by Oyico
0 Malau(s)


Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

MQA angkat imej pendidikan negara

Oleh Saufi Hamzah

Penjenamaan semula LAN pastikan kualiti pengajian tinggi tepati standard antarabangsa

Bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Datuk Dr Syed Ahmad Hussein

SELEPAS pelbagai kejayaan dicapai Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sejak ditubuhkan pada 15 Mei 1997 menerusi penguatkuasaan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996, apa perkembangan terbaru sekarang?

LAN akan menjalani perubahan yang dijenama semula sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dijangka beroperasi Oktober tahun ini. Perubahan besar itu adalah satu langkah penting bagi memastikan kualiti pengajian tinggi swasta yang ditawarkan di negara ini terjamin dan menguntungkan pelajar. MQA sebenarnya adalah kesinambungan LAN dan akan meneruskan fungsi teras LAN yang berkembang dalam tempoh 10 tahun lalu.

Apakah faktor yang mendorong penubuhan MQA di negara ini?

Perkembangan pesat pendidikan tinggi sejak 1990-an dalam sektor pengajian tinggi awam dan swasta menimbulkan kepelbagaian dari segi jenis pembekal pendidikan dan latihan, jenis program seperti tempatan, francais, berkembar dan sebagainya, ketidakseragaman penamaan kelayakan dan kaedah penyampaian termasuk kaedah baru seperti e-pembelajaran, merentasi sempadan, jarak jauh, pembelajaran terbuka serta pembelajaran fleksibel. Pada masa sama, negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia sangat giat mengeksport produk pendidikan mereka, manakala negara Eropah menggalakkan mobiliti pelajar. Ini menunjukkan bahawa negara terbabit sangat prihatin dan memberi perhatian penuh kepada usaha meningkatkan keyakinan awam terhadap standard program pengajian dan kelayakan.

Perkara penting yang diutamakan oleh negara berkenaan adalah objektiviti dan ketelusan sistem kualiti pengajian tinggi yang dicapai menerusi beberapa langkah utama seperti mempersetujui suatu prosedur jaminan kualiti program pengajian dan pengiktirafan kelayakan. Ia juga membangunkan kerangka kelayakan
nasional sebagai titik rujukan standard kelayakan dan menandatangani Lisbon Convention iaitu perundangan antarabangsa berkaitan kualiti dan pengiktirafan kelayakan.

Dalam menangani perkembangan pesat pengajian tinggi dan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengambil kira kepentingan pengiktirafan antarabangsa ke atas kelayakan tempatan, adalah amat penting satu agensi jaminan kualiti. Ini akan dapat menyatupadukan sektor pengajian tinggi awam dan swasta, aliran teknikal, kemahiran dan akademik serta melaksanakan standard kelayakan sebagai titik rujukan telus dan sahih bagi meningkatkan keyakinan pelbagai pihak berkepentingan terhadap sistem penganugerahan kelayakan negara, diwujudkan.

Apakah peranan utama MQA selepas ini?

Seperti yang menjadi amalan bijak sistem jaminan kualiti antarabangsa, MQA berperanan sebagai titik rujukan maklumat yang sahih mengenai kualiti dan standard kelayakan pembekal pendidikan dan latihan. Justeru, MQA adalah jentera yang bertanggungjawab melindungi pelajar dan masyarakat daripada program yang tidak berkualiti dan mengesan gejala buruk seperti penipuan oleh pembekal, ijazah palsu yang dijual melalui internet serta memisahkan badan akreditasi dan badan persijilan yang sahih daripada yang palsu.

Apakah faedah lain yang akan diperoleh dengan penubuhan MQA?

Pelbagai pihak boleh merujuk senarai semua kelayakan yang sudah diakreditasi oleh MQA di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Daftar ini juga menjadi titik rujukan bagi pemindahan kredit antara program pengajian dan kelayakan kerana pemindahan kredit hanya boleh berlaku antara program yang sudah
diakredit. Menerusi proses jaminan kualiti dan pengiktirafan yang menggunakan standard dan prosedur amalan bijak antarabangsa, MQA dapat menangani secara sistematik perkembangan sistem pendidikan yang
semakin kompleks dan pelbagai. Ini termasuk e-pembelajaran dan memastikan semua program mencapai standard ditetapkan. Langkah ini akan memudahkan urusan mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Dalam masa sama, MQA turut menyokong dasar pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi prinsip utama Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Boleh Datuk jelaskan lebih
lanjut?


Dasar ini memerlukan prinsip beroperasi seperti pengumpulan dan pemindahan kredit serta pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang tertib seperti terkandung dalam MQF. Prinsip ini membolehkan seseorang itu memilih laluan pembelajaran yang paling sesuai sama ada formal, informal dan fleksibel dari segi masa dan tempat bagi meningkatkan keupayaan diri, kualiti dan produktiviti
sepanjang hayat. Contohnya, individu tidak dapat memasuki universiti atas sebab tertentu, misalnya perlu bekerja dulu boleh memenuhi hasrat pada kemudian hari menerusi pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang diperoleh di tempat kerja, pembelajaran sendiri atau melalui kursus formal. Ini secara langsung membolehkan perkembang budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam erti kata lain, pelaksanaan MQF menerusi MQA dapat menyatupadukan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi negara. Apa komen Datuk?

Ya benar. Proses jaminan kualiti telus dan objektif yang setanding dengan amalan di negara maju serta peranan MQF sebagai titik rujukan kelayakan memudahkan pengiktirafan antarabangsa. Menerusi kerjasama kukuh dengan badan lain yang terbabit dengan proses kualiti pengajian tinggi, MQA menyediakan persekitaran sihat dan kondusif untuk memperkukuh dan memelihara imej Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Ternyata MQA mempunyai peranan menyeluruh, luas dan komprehensif. Apakah peranan lain MQA?

MQA turut berperanan untuk menyokong dasar kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan hasrat terbabit, elemen sangat penting yang perlu dicapai adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap kelayakan yang dianugerahkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Selain itu, usaha berterusan juga diambil
dengan menjalin persefahaman menerusi pemeteraian perjanjian pengiktirafan bersama dengan negara pengeksport utama pendidikan tinggi seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand serta menarik pelabur pendidikan berwibawa untuk beroperasi di Malaysia.

Siapakah yang akan mengendalikan perjalanan operasi MQA?

MQA akan diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Jawatankuasa Akreditasi bagi lima bidang utama iaitu sains kesihatan dan perubatan, sains, sosial, sastera dan kemanusiaan, kejuruteraan dan alam bina serta teknologi maklumat dan multimedia.

Selain itu, MQA turut berperanan untuk menyemak status pendaftaran pemegang kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf. Apa ulasan Datuk dalam perkara ini?

Setakat ini, sebanyak 1,736 pemegang kelayakan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 493 dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta 16 kelayakan daripada individu dan industri sudah diterima dan direkodkan. Jumlah pendaftaran kelayakan ini dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Namun semua kelayakan terbabit masih dalam proses penyemakan dan perlu melalui proses pengesahan sebelum ia boleh didaftarkan di bawah Daftar Kelayakan PhD. Sehingga kini, kelayakan yang diterima sudah disemak dan ada antaranya perlu dihantar semula ke IPTA dan IPTS bagi mendapatkan maklumat lengkap. Proses penyemakan dan pengesahan akan dibuat menerusi satu jawatankuasa yang terdiri daripada LAN atau MQA, IPTA, IPTS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


- dipetik dari emedia

p/s: highlight frasa indah here if u r free n nth to do. i simply highlight some only.


Silly Billy
6:15:00 pm

Banana ate by Oyico
0 Malau(s)


5s1 Maple Chars


CLICK HERE TO DOWNLOAD

26 students
10 teachers ( 2 tarenjits)

456kb zip file...

ps: Download at ur own risk ^^


Kindly inform me if the link doesn't work...
=)


Silly Billy
12:43:00 am

Banana ate by Atom
2 Malau(s)

Sunday 2 September 2007
赞助学费

any objections if the whole class 捐钱赞助中国一名学生的学费?
in the sin chew one..
about rm6-7 per person


Silly Billy
11:10:00 am

Banana ate by Oyico


All About The Blog

Its a true place, where friends gather around and share their recent experience with their buddies. Though we're separated, nothing's gonna stop us from being together~!!!
Friends Forever.

underline bold italics

Shout Ar Shout

A lil apology T.T

Guys, Atom's here.
Very very sorry that I accidentally deleted our class blog's old template.
I was trying to test a template on my testing page, but I guessed I clicked on our class blog's setting page.
This leads to the lost of sidebars codes but I managed to retrieve some, and the link to our mates' blogs were lost.
I'm very very sorry and if someone is free and able to retrieve the remaining sidebars, pls do it~!!! Thanks!!!
Once again soooo SORRY

Warm regards,
Atom
22nd NOV 08' 0137

The SK2 Notes

1. If you are a first time visitor, pls check this post(*click it*) out before everything to know more about the blog. Thanks!
2. Congratz to those who are celebrating! ^^
3. Hope everyone will come here although 2007's 5szhong is already a part of history! Keep in touch! ^^
N most importantly, don't make your presence unknown.. remember to comment on the test papers side or just say 'hi!' in the shoutbox 'shout ar shout'.. crapping is allowed too! ^^

Thanks for coming!!
web counter
people has bombed our blog.

Bloggers

Sorry but someone pls help to complete this.
Apple (Yiyee)
Atom (Shi Yuan)
Bohon (Boon Hon)
Coyin
Ka Yee
lil 3 (Xiao Shan)
Liang Chun
Meng Khen
Sakura (Hui Yi)
Yaya
Yifen
Yuen Hann
x

Spacers

Sorry but someone pls help to complete this.
Cheng Yang
OKL
Ry-linn
x

6sZhong '08

Pls list 08' 6sZhong-ers here.
Chee Eng
Kai Chee
Ker Yang
Pei Chee
Xeleon (JIa Chiun)
x

SK2-ed

February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
April 2009

Stats

web counter

Credits

LiTtL3 aH mA