Perkara penting yang diutamakan oleh negara berkenaan adalah objektiviti dan ketelusan sistem kualiti pengajian tinggi yang dicapai menerusi beberapa langkah utama seperti mempersetujui suatu prosedur jaminan kualiti program pengajian dan pengiktirafan kelayakan. Ia juga membangunkan kerangka kelayakan
nasional sebagai titik rujukan standard kelayakan dan menandatangani Lisbon Convention iaitu perundangan antarabangsa berkaitan kualiti dan pengiktirafan kelayakan.
Dalam menangani perkembangan pesat pengajian tinggi dan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengambil kira kepentingan pengiktirafan antarabangsa ke atas kelayakan tempatan, adalah amat penting satu agensi jaminan kualiti. Ini akan dapat menyatupadukan sektor pengajian tinggi awam dan swasta, aliran teknikal, kemahiran dan akademik serta melaksanakan standard kelayakan sebagai titik rujukan telus dan sahih bagi meningkatkan keyakinan pelbagai pihak berkepentingan terhadap sistem penganugerahan kelayakan negara, diwujudkan.
Apakah peranan utama MQA selepas ini?Seperti yang menjadi amalan bijak sistem jaminan kualiti antarabangsa,
MQA berperanan sebagai
titik rujukan maklumat yang sahih mengenai kualiti dan standard kelayakan pembekal pendidikan dan latihan. Justeru,
MQA adalah jentera yang bertanggungjawab
melindungi pelajar dan masyarakat daripada program yang tidak berkualiti dan mengesan gejala buruk seperti penipuan oleh pembekal, ijazah palsu yang dijual melalui internet serta memisahkan badan akreditasi dan badan persijilan yang sahih daripada yang palsu.
Apakah faedah lain yang akan diperoleh dengan penubuhan MQA?Pelbagai pihak boleh merujuk senarai semua kelayakan yang sudah diakreditasi oleh
MQA di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Daftar ini juga menjadi titik rujukan bagi pemindahan kredit antara program pengajian dan kelayakan kerana pemindahan kredit hanya boleh berlaku antara program yang sudah
diakredit. Menerusi proses jaminan kualiti dan pengiktirafan yang menggunakan standard dan prosedur amalan bijak antarabangsa,
MQA dapat menangani secara sistematik perkembangan sistem pendidikan yang
semakin kompleks dan pelbagai. Ini termasuk e-pembelajaran dan memastikan semua program mencapai standard ditetapkan. Langkah ini akan memudahkan urusan mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Dalam masa sama, MQA turut menyokong dasar pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi prinsip utama Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Boleh Datuk jelaskan lebih
lanjut?Dasar ini memerlukan prinsip beroperasi seperti pengumpulan dan pemindahan kredit serta pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang tertib seperti terkandung dalam MQF. Prinsip ini membolehkan seseorang itu memilih laluan pembelajaran yang paling sesuai sama ada formal, informal dan fleksibel dari segi masa dan tempat bagi meningkatkan keupayaan diri, kualiti dan produktiviti
sepanjang hayat. Contohnya, individu tidak dapat memasuki universiti atas sebab tertentu, misalnya perlu bekerja dulu boleh memenuhi hasrat pada kemudian hari menerusi pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul yang diperoleh di tempat kerja, pembelajaran sendiri atau melalui kursus formal. Ini secara langsung membolehkan perkembang budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam erti kata lain, pelaksanaan MQF menerusi MQA dapat menyatupadukan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi negara. Apa komen Datuk?Ya benar. Proses jaminan kualiti telus dan objektif yang setanding dengan amalan di negara maju serta peranan MQF sebagai titik rujukan kelayakan memudahkan pengiktirafan antarabangsa. Menerusi kerjasama kukuh dengan badan lain yang terbabit dengan proses kualiti pengajian tinggi,
MQA menyediakan persekitaran sihat dan kondusif untuk memperkukuh dan memelihara imej Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
Ternyata MQA mempunyai peranan menyeluruh, luas dan komprehensif. Apakah peranan lain MQA?MQA turut berperanan untuk menyokong dasar kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan hasrat terbabit, elemen sangat penting yang perlu dicapai adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap kelayakan yang dianugerahkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Selain itu, usaha berterusan juga diambil
dengan
menjalin persefahaman menerusi pemeteraian perjanjian pengiktirafan bersama dengan negara pengeksport utama pendidikan tinggi seperti United Kingdom, Australia dan New Zealand serta
menarik pelabur pendidikan berwibawa untuk beroperasi di Malaysia.
Siapakah yang akan mengendalikan perjalanan operasi MQA?MQA akan diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Jawatankuasa Akreditasi bagi lima bidang utama iaitu sains kesihatan dan perubatan, sains, sosial, sastera dan kemanusiaan, kejuruteraan dan alam bina serta teknologi maklumat dan multimedia.
Selain itu, MQA turut berperanan untuk menyemak status pendaftaran pemegang kelayakan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf. Apa ulasan Datuk dalam perkara ini?Setakat ini, sebanyak 1,736 pemegang kelayakan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 493 dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta 16 kelayakan daripada individu dan industri sudah diterima dan direkodkan. Jumlah pendaftaran kelayakan ini dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Namun semua kelayakan terbabit masih dalam proses penyemakan dan perlu melalui proses pengesahan sebelum ia boleh didaftarkan di bawah Daftar Kelayakan PhD. Sehingga kini, kelayakan yang diterima sudah disemak dan ada antaranya perlu dihantar semula ke IPTA dan IPTS bagi mendapatkan maklumat lengkap. Proses penyemakan dan pengesahan akan dibuat menerusi satu jawatankuasa yang terdiri daripada LAN atau
MQA, IPTA, IPTS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- dipetik dari
emediap/s: highlight frasa indah here if u r free n nth to do. i simply highlight some only.