Wednesday, 5 September 2007
Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (PSPTN)

Transformasi IPT disokong PSPTN

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak sepakat menyokong Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi (PSPTN) bagi proses transformasi dan pembaharuan sektor pengajian tinggi negara dengan menyifatkannya sebagai langkah tepat dan perlu disegerakan.

Mereka percaya jika pelan dan tindakan itu dilaksanakan, Malaysia mampu memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara, sekali gus menjadi hab pengajian tinggi di rantau ini. Beliau berharap semua universiti akan lebih bermotivasi untuk mencapai objektif menjadi pusat kecemerlangan akademik Malaysia atau institusi pendidikan bertaraf dunia.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican
berkata, kedua-dua pelan itu adalah rangka kerja jangka masa panjang yang holistik. “Ia dapat memastikan modal insan yang dilahirkan IPTA dan IPTS boleh dipasarkan dan tenaga pensyarah lebih tersohor di samping budaya penyelidikan terus mekar dan segar,” katanya. Sehubungan itu, GPMS mencadangkan penubuhan jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertujuan membuat unjuran guna tenaga bersepadu bagi memastikan permintaan dan penawaran sentiasa tepat.

“GPMS tidak mahu episod graduan yang dikeluarkan universiti tidak selari dengan pasaran sama ada dalam sektor swasta atau sektor berkaitan. Kita juga berharap jawatankuasa peringkat kementerian diwujudkan bagi merancang, menilai kualiti dan kuantiti infrastruktur serta persekitaran universiti supaya bertaraf piawaian antarabangsa,” katanya. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, berkata usaha mewujudkan universiti Apex juga langkah proaktif membentuk persaingan di kalangan IPTA dan IPTS.

Beliau berkata, pelaksanaan pelan itu baik kerana ia memberi kuasa autonomi kepada pihak pengurusan menjana ekonomi menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersial tanpa bergantung sepenuhnya bantuan kerajaan. Presiden Universiti Terbuka Malaysia, Prof Tan Seri Anuwar Ali, berkata usaha berkenaan adalah langkah rasional dalam proses pendemokrasian pendidikan menerusi modul serta pendidikan anjal. Katanya, kaedah pembelajaran lebih fleksibel, memberi peluang masyarakat terutama yang sedang bertugas dalam agensi kerajaan dan swasta meningkatkan pengetahuan dengan melanjutkan pengajian lebih tinggi.

Mengenai proses pendidikan sepanjang hayat, beliau berkata, ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pelajar sentiasa mengemaskini pengetahuan dalam sesuatu bidang dari semasa ke semasa.

Tokoh pendidik, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar
, pula menggariskan empat faktor utama yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan pelan berkenaan, iaitu:
  1. pengurusan, teknik pengajaran dan pembelajaran,
  2. hal ehwal pelajar,
  3. pengendalian projek penyelidikan.
Bagi memantapkan pengurusan universiti, beliau berkata naib canselor perlu berwibawa dengan mengambil kira kelulusan serta pengalaman dalam pentadbiran universiti. “Setiap pensyarah pula perlu dilatih teknik pengajaran termasuk mengendalikan sesi kuliah besar, seminar dan tutorial. Di negara kita, hanya satu peringkat dilaksanakan iaitu kuliah yang dihadiri ratusan pelajar pada satu sesi,” katanya.

Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial, Datuk Dr Denison Jayasooria
pula berkata, pelan itu mempunyai sasaran dan wawasan yang jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan pengajian tinggi negara. Katanya, tujuh teras yang digariskan mencakupi semua aspek yang diperlukan bagi pembinaan bangsa kerana ia turut menekankan pembinaan modal insan. “Teras pertama memperlihatkan sasaran pelan itu jelas dan tepat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Menerusi teras kedua, kerajaan mensasarkan 75 peratus pengajar di universiti memperoleh PhD,” katanya.

Langkah memberikan autonomi kepada Lembaga Universiti pula mampu menjadikan institusi berkenaan lebih berdikari dan tidak terikat dengan birokrasi Kementerian Pengajian Tinggi. Ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di luar negara,” katanya.

- dipetik & diubahsuai daripada berita harian online

p/s: as the same, highlight the phrases or anything here if u can to help us to read.
* pendidikan anjal = a type of education system where the studying time is flexible.


Silly Billy
6:33:00 pm

Banana ate by Oyico
0 Malau(s)

All About The Blog

Its a true place, where friends gather around and share their recent experience with their buddies. Though we're separated, nothing's gonna stop us from being together~!!!
Friends Forever.

underline bold italics

Shout Ar Shout

A lil apology T.T

Guys, Atom's here.
Very very sorry that I accidentally deleted our class blog's old template.
I was trying to test a template on my testing page, but I guessed I clicked on our class blog's setting page.
This leads to the lost of sidebars codes but I managed to retrieve some, and the link to our mates' blogs were lost.
I'm very very sorry and if someone is free and able to retrieve the remaining sidebars, pls do it~!!! Thanks!!!
Once again soooo SORRY

Warm regards,
Atom
22nd NOV 08' 0137

The SK2 Notes

1. If you are a first time visitor, pls check this post(*click it*) out before everything to know more about the blog. Thanks!
2. Congratz to those who are celebrating! ^^
3. Hope everyone will come here although 2007's 5szhong is already a part of history! Keep in touch! ^^
N most importantly, don't make your presence unknown.. remember to comment on the test papers side or just say 'hi!' in the shoutbox 'shout ar shout'.. crapping is allowed too! ^^

Thanks for coming!!
web counter
people has bombed our blog.

Bloggers

Sorry but someone pls help to complete this.
Apple (Yiyee)
Atom (Shi Yuan)
Bohon (Boon Hon)
Coyin
Ka Yee
lil 3 (Xiao Shan)
Liang Chun
Meng Khen
Sakura (Hui Yi)
Yaya
Yifen
Yuen Hann
x

Spacers

Sorry but someone pls help to complete this.
Cheng Yang
OKL
Ry-linn
x

6sZhong '08

Pls list 08' 6sZhong-ers here.
Chee Eng
Kai Chee
Ker Yang
Pei Chee
Xeleon (JIa Chiun)
x

SK2-ed

February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
April 2009

Stats

web counter

Credits

LiTtL3 aH mA